Thursday, March 20, 2014

21st March

Sayang,

Happy 31st birthday to the man of my life. Sempat jugak kita merasa sambut birthday kat negara orang kan? Syukur. Ada jugak pengalaman berharga tu untuk beritahu anak cucu kita this once in a lifetime experience.

Sayang,

Terima kasih kerana sudi menjadi teman hidup isterimu ini. Banyak benda yang isterimu ini sudah, sedang dan akan belajar daripada abang untuk pastikan yang hidup kita sekeluarga bahagia hingga hujung nyawa. Walaupun akan ada banyak rintangan dan halangan yang akan kita tempuh, insyaAllah kita kuat untuk melalui semua tu.

Sayang,

Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah isterimu ini yang memang banyak kerenahnya ni. Terima kasih kerana tidak kisah jikalau masakan isterimu ini sedap atau tidak. Walaupun sudah abang tegur, kadang-kadang isterimu ini masih buat silap yang sama jugak. Tidak sengaja atau mungkin berangan masa masak. Terima kasih kerana tidak kisah isterimu ini tidak menemanimu makan malam. Terima kasih kerana memahami kepenatan seorang isteri setelah apa yang dilaluinya sepanjang hari walaupun hanya seorang suri rumah yang menjaga dua orang cahaya mata.

Sayang,

Anak-anak kita, Iman dan Ihsan semakin lasak dan isterimu ini dah rasa semakin tua kerana cepat lelah melayan kerenah mereka. Kadang-kadang rasa penat dan nak berehat tanpa hiraukan mereka. Tapi, bila mereka datang pada isterimu ini minta dimanjakan, tak sampai hati rasanya tengok muka Iman dan Ihsan yang tak tau apa-apa tu. On the other side, I am truly blessed that I can take care of the children on my own in these three years time. InsyaAllah, Allah berikan isterimu ini kekuatan untuk membentuk Iman dan Ihsan menjadi manusia yang terpuji sifat dan sikapnya.

Sayang,

Terima kasih kerana sanggup berkorban apa saja untuk menggembirakan hati isterimu ini. Terima kasih kerana bawa isterimu ini dan keluarga kita jalan-jalan meluaskan pandangan. Isterimu ini memang hobinya suka berjalan dan terima kasih kerana melayaninya. Terima kasih kerana beli dryer, vaccum dan semua jenis appliances yang bertujuan memudahkan isterimu ini membuat tugas surirumahnya. Isterimu ini tahu yang semua benda tu bukan murah harganya dan sangat menghargainya.

Sayang,

Ada kalanya isterimu ini being too sensitive over some things. Isterimu ini seorang manusia yang fragile dan selalu cepat terasa. Being a Pisces, that is a main feature as the zodiac tells. Kadang-kadang airmata isterimu ini laju saja mengalir jikalau ada sesuatu yang tidak kena. Tapi isterimu ini selalu berjaya sembunyikannya. Dan abang selalu tidak akan perasan. Isterimu ini akan pujuk dan tenangkan dirinya sendiri dengan mengatakan tidak ada sebab pun untuk bersedih kerana abang sudah melakukan segala yang terbaik untuk keluarga kita.

Sayang,

Terima kasih kerana 3 tahun yang bahagia ini melayari kehidupan bersama abang. Tiada hadiah boleh isterimu ini berikan untuk ulangtahun abang ini. Hanya ingatan di dalam entry ini sahaja yang mampu diberikan. Terima kasih buat segalanya.

Isterimu..

1 comment:

  1. Hello Blogger!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete