Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

21st March

Sayang,

Happy 31st birthday to the man of my life. Sempat jugak kita merasa sambut birthday kat negara orang kan? Syukur. Ada jugak pengalaman berharga tu untuk beritahu anak cucu kita this once in a lifetime experience.

Sayang,

Terima kasih kerana sudi menjadi teman hidup isterimu ini. Banyak benda yang isterimu ini sudah, sedang dan akan belajar daripada abang untuk pastikan yang hidup kita sekeluarga bahagia hingga hujung nyawa. Walaupun akan ada banyak rintangan dan halangan yang akan kita tempuh, insyaAllah kita kuat untuk melalui semua tu.

Sayang,

Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah isterimu ini yang memang banyak kerenahnya ni. Terima kasih kerana tidak kisah jikalau masakan isterimu ini sedap atau tidak. Walaupun sudah abang tegur, kadang-kadang isterimu ini masih buat silap yang sama jugak. Tidak sengaja atau mungkin berangan masa masak. Terima kasih kerana tidak kisah isterimu ini tidak menemanimu makan malam. Terima kasih kerana memahami kepenatan seorang isteri setelah apa yang dilaluinya sepanjang hari walaupun hanya seorang suri rumah yang menjaga dua orang cahaya mata.

Sayang,

Anak-anak kita, Iman dan Ihsan semakin lasak dan isterimu ini dah rasa semakin tua kerana cepat lelah melayan kerenah mereka. Kadang-kadang rasa penat dan nak berehat tanpa hiraukan mereka. Tapi, bila mereka datang pada isterimu ini minta dimanjakan, tak sampai hati rasanya tengok muka Iman dan Ihsan yang tak tau apa-apa tu. On the other side, I am truly blessed that I can take care of the children on my own in these three years time. InsyaAllah, Allah berikan isterimu ini kekuatan untuk membentuk Iman dan Ihsan menjadi manusia yang terpuji sifat dan sikapnya.

Sayang,

Terima kasih kerana sanggup berkorban apa saja untuk menggembirakan hati isterimu ini. Terima kasih kerana bawa isterimu ini dan keluarga kita jalan-jalan meluaskan pandangan. Isterimu ini memang hobinya suka berjalan dan terima kasih kerana melayaninya. Terima kasih kerana beli dryer, vaccum dan semua jenis appliances yang bertujuan memudahkan isterimu ini membuat tugas surirumahnya. Isterimu ini tahu yang semua benda tu bukan murah harganya dan sangat menghargainya.

Sayang,

Ada kalanya isterimu ini being too sensitive over some things. Isterimu ini seorang manusia yang fragile dan selalu cepat terasa. Being a Pisces, that is a main feature as the zodiac tells. Kadang-kadang airmata isterimu ini laju saja mengalir jikalau ada sesuatu yang tidak kena. Tapi isterimu ini selalu berjaya sembunyikannya. Dan abang selalu tidak akan perasan. Isterimu ini akan pujuk dan tenangkan dirinya sendiri dengan mengatakan tidak ada sebab pun untuk bersedih kerana abang sudah melakukan segala yang terbaik untuk keluarga kita.

Sayang,

Terima kasih kerana 3 tahun yang bahagia ini melayari kehidupan bersama abang. Tiada hadiah boleh isterimu ini berikan untuk ulangtahun abang ini. Hanya ingatan di dalam entry ini sahaja yang mampu diberikan. Terima kasih buat segalanya.

Isterimu..

Thursday, November 8, 2012

Apa Dah Jadi

Tiba-tiba teringat aku ni sebenarnya ada blog untuk personal therapy tapi sanggup pulak aku menganak-tirikannya tak tau la bape lama dah. Macam-macam benda dah jadi dalam hidup aku. Semua pun aku tak dapat nak ingat balik sedetail mungkin. Takpelah, kita mulakan hidup baru la start daripada hari ni. Ecewahh..

Apa dah jadi. Masuk hari ni dah 2 hari aku lewat bangun pada kala hari kerja. Pukul 6:40 aku baru nak tersedar. Ni dek kerana aku tido awal pastu jaga tengah malam, browsing through my Ipad pastu tido balik. Huhu memang tercegil mata aku tgk jam dah nak pukul 7 tapi mandi sume tak lagi. Pagi tadi aku tersedar sbb dengar Iman merengek-rengek. Anak mama tu kalau die dah bangun tapi takde sape nak layan, mula la keluar suara rengekan die sambil hulur tangan mintak di angkat dari cot die tu. Cepat-cepat suh Najwan bangun ironkan baju. Hehe! Tugasan menggosok baju mmg dipertanggungjawabkan kpd die. Katanya, sian tgk aku dah buat byk keje. Biar die tolong gosok baju pulak. Hehe tapi, kadang-kadang berkerut jugak dahi die nak gosok lagi-lagi tudung perempuan skarang kan tak sah kalau takde manik-manik melekat. Hehe! Takpela, dah awak yang nak. :D Saya laaaaaaaagi suke!

Bangun tu terus cuci botol susu Iman pastu sterile kan botol ngan pacifier die. Every morning mmg tu la routine aku. Kadang-kadang kalau rajin tgh malam klau aku terjaga, aku akan basuh sume siap-siap. Kemas beg die siap-siap. Tu kalau rajin la. Tibe time malas, mmg berlingkar je atas katil. Pagi nak pegi keje baru terhegeh-hegeh nak kemas beg bagai. Bak kata Najwan, pkul 7 pagi nak pegi keje tu baru nak tepek toner kat muka. Haha! Memang slow mo aku nih. Haha!

Dah cuci tu bagi die Ipad suh die main-main. Anak mama ni kalau nampak Ipad je trus melonjak kegembiraan. At least ada la benda nak buat die senyap. Ayahnya dah ajar die tekan play utk tgk video. Pastu dah ajar cemana nak back utk tgk list videos yg ada. Alhamdulillah, Iman dah pandai pilih videos yang die nak tgk pastu tekan Play button. Dulu kalau video tu dah abes, die mulala sesi rengekan die tu utk mintak kite playkan videos. Tapi, sekarang tidak lagi. Hehe!

Ayahnya memang berdesup je siap. Breakfast tak payah cerita la. Mmg slalu aku tak ber breakfast kat rumah. Skrg aku amalkan gaya hidup sihat. Bekal cornflakes dgn susu mkn kat ofis sambil layan Adam & Hawa. Hehe! TV rumah tak subscribe Mustika HD. Hehe sbb pakai tv version dulu. Tgh simpan duit nak bli LED TV. Chewah. Kadang-kadang kalau punch card awal pegi minum dulu dgn Najwan. Tu pun kalau Najwan takde kelas pkul 8.

Tadi sampai je ofis berdesup aku punch. Fuhh, nasib baik blum pkul 8. Lagi 2 minit je lagi. Aritu sampai lambat aku punch pkul 8:05 minit. Alasan aku tulis kat punch card adalah 'sakit kepala'. Haha! Sesekali nak tipu sunat. Eh? there's no such thing as tipu sunat. Takpela, janji tulis alasan kat situ. Arini ada meeting tu yg terpaksa dtg keje jugak. Kalau tak, aku masih baring lagi kat atas katil huhu. Haiiiiii, x sabarnye nak cuti lama. Lama x lama la sbb aku amik cuti 74 hari jek. Tapi tu masih dalam perancangan lagi. Doakan la yang semuanya akan selamat dan takde masalah yang berlaku.

Fuhh, panjang jugak aku celoteh. Dah 2:30. Nak solat pastu sambung buat keje. Nanti org cakap org gomen ni makan gaji buta. Kuikuikui.

Sebelum itu, layan gambar Iman masa umur die 1 hari :) Layannn...


Masa ni nak nanges aku tgk kepala die. Tapi tanya paed time tu, nanti akan susut.
Alhamdulillah, tak lama lepas tu dah susut.

Iman, awak bukak mata ke tak tu? Hehe!


Nota kaki: Entry ni sebenarnya nak letak sume pic Iman masa baby yg ade kt dalam pc ofis. Tapi tak sempat nak sadakallahulazim. Hehe igt lagi tulis entry ni time rehat masa kat ofis building lama. Sekarang dah pindah building baru. Masa nota kaki ni ditulis, aku dah tak keje situ dah sbb ambil unpaid leave for 3 years. Ceritanya on the next entry yg tak tau bila nak karang. Hehe! 

Monday, July 6, 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa untuk my dearest dad.

Tak tau nak beli apa for my dad.

Then, that day jalan-jalan dengan my bf nampak Body Shop buat
promotion untuk Father's Day.

Ade 3 items in a box and nice packaging.

Terus grab and ask the promoter to wrap.

Beli sekali kad Selamat Hari Bapa kat Memory Lane.

Cost me a lot

but nothing compares to what my dad has given to me.

So, happy father's day, Abah!


Photobucket
Nice packaging, huh?

P/S: The 3 items include facial wash. My dad boleh tanya mcmana nak pakai. Huhu!

Tuesday, March 31, 2009

Keputusan

Ini sebenarnya entry post yang sudah outdated.

Tanggal 5 Mac yang lepas, keputusan SPM 2008 telah pun keluar. Semua pelajar mesti berdebar-debar untuk mengetahui keputusan yang akan mereka perolehi. Termasuk adindaku. Dia baru pulang dari menyertai PLKN di Pahang dan tidak sampai seminggu kepulangannya, keputusan SPM keluar. Ibundaku memang mahu dia menyertai PLKN siri yang pertama supaya masa menunggu keputusan tidak hanya melakukan aktiviti-aktiviti kemalasan sahaja dan terperuk di rumah. Tambahan pula, adindaku ini seorang yang terlalu mengharapkan orang lain, dan pada pendapat ibundaku dengan menghantarnya ke PLKN, dapatlah perangai itu sedikit sebanyak dikikis. Tetapi sepanjang pengamatan aku sejak kepulangannya,


ibundaku hanya berangan-angan kosong sahaja.



Keputusan yang adindaku dapat hanya pada tahap bolehla. Ibunda memberitahuku yang keputusan adindaku setimpal dengan usahanya yang tidak seberapa. Belajar sambil berbaring kemalasan di atas katil. Pada firasat ibundaku, keputusan ini sangat berbaloi dengan kesungguhan yang biasa-biasa sahaja. Jikalau mahu dikira jumlah B yang diperolehi, adindaku seakan-akan menyesal.
4 mata pelajaran yang sipi-sipi mahu ke A. Jikalau mata pelajaran B boleh jadi A, adindaku berjaya mendapat 6A dan seterusnya meletakkan dirinya di tangga pertama dalam klasifikasi pencapaian akademik di kalangan adik- beradikku yang lain.




Tapi, ya, itu hanya angan-angan kosong sahaja ditiup angin malam pada masa ini.



Cukuplah sekadar aku memberitahu yang adindaku berjaya mendapat 2A. Syukur, alhamdulillah. Di saat-saat ibundaku terlalu risau tentang keputusan adindaku itu, alhamdulillah. Tidaklah seteruk mana dan masih boleh dibanggakan. Adindaku bercita-cita mahu menjadi juruterbang (rasanya). Atau juruteknik kapal terbang. Sibuk ibundaku mencari IPTA atau IPTS yang menawarkan kursus aviation technology. Mungkin itu yang mahu adindaku lakukan pada masa hadapan. Atau mungkin dia terpengaruh dengan cerita di televisyen, Awan Dania yang mengisahkan tentang kehidupan untuk berjuang di awan biru. Adindaku senyap-senyap menonton cerita itu jikalau tiada siapa yang menonton bersama-samanya, walaupun siaran ulangan di saluran @15. Mungkin dia hanya mahu melihat Scha dengan seragam pramugarinya.


Cukuplah.



Sebenarnya aku mahu membawa kalian mengimbau zaman-zaman persekolahanku ketika mahu mengambil keputusan peperiksaan besar. Sekadar mahu berkongsi pengalaman hidup.



Semasa darjah 6, untuk UPSR, aku tidak berpeluang untuk mengambil keputusanku sendiri kerana pada masa itu aku berada di rumah arwah nenekku di Perling, Johor. Semasa itu cuti sekolah dan kami adik-beradik tinggal bersama nenek di sana kerana ibundaku pergi menunaikan ibadah haji. Semasa itu, adindaku yang bongsu hanya berusia beberapa bulan. Ayahandaku tidak ikut bersama dan hanya dia sahaja berada di Kuala Lumpur keseorangan kerana urusan kerja. Pada saat keputusan diumumkan aku berdebar-debar yang amat sangat. Mahu buat itu, resah. Buat ini, bimbang. Akhirnya, apabila hari menginjak petang, baru aku memberanikan diri menelefon rakan karibku di sekolah rendah dan menanyakan keputusanku padanya. Pada masa itu aku tidak pun terfikir perihal bil telefon yang akan naik. Aku pun tidak memberitahu nenek dan makcikku yang aku menggunakan telefon untuk menghubungi nombor Kuala Lumpur. Tetapi, alhamdulillah, syukur. Aku berjaya mendapat 5A. Waktu itu tahun 1997, mata pelajaran Sains dijadikan mata pelajaran kelima dalam peperiksaan UPSR untuk pertama kali. Semasa menjawab soalan peperiksaan, aku langsung tidak yakin dengan kertas Sains aku. Tapi, syukur. Aku berjaya.



Tetapi ada kenangan pahit seiring dengan kejayaanku ini.




Setelah kepulangan ibundaku dari Tanah Suci (ibundaku mengikut rombongan haji di Singapura bersama dengan nenekku yang lain dan sepupuku), dan setelah dijanjikan yang ayahandaku akan mengambil kami pulang, ayahandaku telah terlibat dalam satu kecelakaan. Sebelum hari untuk berangkat ke Johor, rumah kami dimasuki pencuri. Mujur ayahandaku tidak diapa-apakan. Dan syukur hanya sedikit wang yang diambil oleh pencuri. Keesokan hari, ayahandaku masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku tetapi harus perlu mengambil kami di Johor. Dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kereta yang dinaikinya terbabas melanggar pembahagi jalan di tengah-tengah lebuhraya. Mujur terlanggar di tengah, jikalau di tepi dan tepi itu adalah gaung (walaupun lebuhraya utara-selatan menghala ke selatan tidak mempunyai gaung, pada firasat aku). Tetapi yalah, jikalau terlanggar bahagian bahu jalan di tepi aku yakin pasti lagi teruk. Tulang belakang ayahandaku mengalami kerosakan dan harus ditegakkan. Lama juga ayahandaku mengambil masa untuk sembuh. Dan aku tidak boleh ingat bagaimana kami pulang dari Johor. Mungkin menaiki bas, barangkali.




Dengan keputusan yang diperoleh, aku berjaya memasuki salah sebuah sekolah menengah harian yang terkenal di Kuala Lumpur. Tiba masanya untuk keputusan PMR keluar. Tetapi, sekali lagi aku tiada di Kuala Lumpur untuk mengambil keputusanku sendiri. Aku bersama adindaku berada di Singapura menghabiskan cuti sekolah kami. Kebetulan pada masa itu bulan Ramadhan tiba menjengah. Itulah pengalaman pertama untuk aku menghabiskan sebulan berpuasa di sana. Selalunya dua, tiga hari sebelum Hari Raya kami akan tiba di sana. Aku suka pengalamanku yang satu ini, di samping dapat menemani nendaku yang duduk keseorangan. Tetapi tidak pula aku mahu menemaninya ke solat tarawih.

"Penat la nyai", kataku. Nyai adalah nama panggilan kami kepada nenda. Yai untuk lelaki. Yot untuk moyang. Kedua-dua Yot dan Yai ku sudah tiada. Jadi, tinggalla Nyai seorang.


Tiba hari keputusan PMR keluar, sama seperti dulu. Tidak senang duduk. Tetapi, pagi-pagi lagi ibunda dan ayahandaku menelefon mengatakan keputusan yang aku dapat. Agak terkilan dengan keputusan tersebut, hanya satu B untuk erm, Pendidikan Islam. Menurut ibundaku, cikguku ada berkata padanya bahawa ramai pelajar yang mendapat B untuk mata pelajaran tersebut. Dengar kata kertas Pendidikan Islam sekolah-sekolah di Kuala Lumpur di tanda oleh guru-guru di Pantai Timur. Dikatakan juga mereka sangat tegas dan tidak telus dengan jawapan murid. Pasrah sahaja aku mendengarnya.



Dengan keputusan tersebut, aku tidak ke mana-mana. Masih di sekolah menengah harian terkenal itu. Hari itu tibalah masa keputusan peperiksaan SPM keluar. Dan hari itu jugalah aku ada untuk mengambil keputusanku sendiri. Setelah 3 kali mengambil peperiksaan besar, baru kali ini aku berpeluang mengambil keputusanku sendiri.


Aku yang akan menelefon ibunda dan ayahanda, bukan lagi mereka.



Aku yang akan menjadi orang yang pertama melihat keputusanku, bukan lagi mereka.



Dan aku juga yakin bahawa bukan berita gembira yang akan aku sampaikan kepada mereka.




Akhirnya keputusan di tangan. Ternyata hanya beberapa A yang aku berjaya dapat. Ibundaku menelefon menanyakan tentangnya dan seperti biasa dia akan mengucapkan kalimat ini,

"Okeylah tu"

Ya, aku mengaku malu untuk bertemu dengan guru-guruku. Tetapi semasa hendak melangkah keluar dewan sesudah mendapat slip keputusan, aku dan rakanku terserempak dengan guru Kimiaku. Seperti biasa, guruku tersenyum. Kami pun cepat-cepat melarikan diri takut-takut guruku akan menanyakan perihal keputusan Kimia kami. Ternyata memang aku tidak mahu dia tahu daripada mulutku sendiri.

Bebalnya aku.
Mestilah guruku itu sudah memeriksa sebelum slip keputusan diedarkan kepada kami.


Panjang lebarnya coretanku untuk yang kedua kali ini. Ini adalah kisahku. Rasa tenang dapat meluahkannya di sini. Ternyata sekarang aku sudah pun bekerja dan zaman persekolah tetap akan menjadi sebuah kenangan terindah hidupku.


Nota kaki: Penutup - Akhirnya dengan keputusan SPM tak seberapa, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda. Keputusan terakhirku sangat membanggakan. Ternyata, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.