Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Apa Dah Jadi

Tiba-tiba teringat aku ni sebenarnya ada blog untuk personal therapy tapi sanggup pulak aku menganak-tirikannya tak tau la bape lama dah. Macam-macam benda dah jadi dalam hidup aku. Semua pun aku tak dapat nak ingat balik sedetail mungkin. Takpelah, kita mulakan hidup baru la start daripada hari ni. Ecewahh..

Apa dah jadi. Masuk hari ni dah 2 hari aku lewat bangun pada kala hari kerja. Pukul 6:40 aku baru nak tersedar. Ni dek kerana aku tido awal pastu jaga tengah malam, browsing through my Ipad pastu tido balik. Huhu memang tercegil mata aku tgk jam dah nak pukul 7 tapi mandi sume tak lagi. Pagi tadi aku tersedar sbb dengar Iman merengek-rengek. Anak mama tu kalau die dah bangun tapi takde sape nak layan, mula la keluar suara rengekan die sambil hulur tangan mintak di angkat dari cot die tu. Cepat-cepat suh Najwan bangun ironkan baju. Hehe! Tugasan menggosok baju mmg dipertanggungjawabkan kpd die. Katanya, sian tgk aku dah buat byk keje. Biar die tolong gosok baju pulak. Hehe tapi, kadang-kadang berkerut jugak dahi die nak gosok lagi-lagi tudung perempuan skarang kan tak sah kalau takde manik-manik melekat. Hehe! Takpela, dah awak yang nak. :D Saya laaaaaaaagi suke!

Bangun tu terus cuci botol susu Iman pastu sterile kan botol ngan pacifier die. Every morning mmg tu la routine aku. Kadang-kadang kalau rajin tgh malam klau aku terjaga, aku akan basuh sume siap-siap. Kemas beg die siap-siap. Tu kalau rajin la. Tibe time malas, mmg berlingkar je atas katil. Pagi nak pegi keje baru terhegeh-hegeh nak kemas beg bagai. Bak kata Najwan, pkul 7 pagi nak pegi keje tu baru nak tepek toner kat muka. Haha! Memang slow mo aku nih. Haha!

Dah cuci tu bagi die Ipad suh die main-main. Anak mama ni kalau nampak Ipad je trus melonjak kegembiraan. At least ada la benda nak buat die senyap. Ayahnya dah ajar die tekan play utk tgk video. Pastu dah ajar cemana nak back utk tgk list videos yg ada. Alhamdulillah, Iman dah pandai pilih videos yang die nak tgk pastu tekan Play button. Dulu kalau video tu dah abes, die mulala sesi rengekan die tu utk mintak kite playkan videos. Tapi, sekarang tidak lagi. Hehe!

Ayahnya memang berdesup je siap. Breakfast tak payah cerita la. Mmg slalu aku tak ber breakfast kat rumah. Skrg aku amalkan gaya hidup sihat. Bekal cornflakes dgn susu mkn kat ofis sambil layan Adam & Hawa. Hehe! TV rumah tak subscribe Mustika HD. Hehe sbb pakai tv version dulu. Tgh simpan duit nak bli LED TV. Chewah. Kadang-kadang kalau punch card awal pegi minum dulu dgn Najwan. Tu pun kalau Najwan takde kelas pkul 8.

Tadi sampai je ofis berdesup aku punch. Fuhh, nasib baik blum pkul 8. Lagi 2 minit je lagi. Aritu sampai lambat aku punch pkul 8:05 minit. Alasan aku tulis kat punch card adalah 'sakit kepala'. Haha! Sesekali nak tipu sunat. Eh? there's no such thing as tipu sunat. Takpela, janji tulis alasan kat situ. Arini ada meeting tu yg terpaksa dtg keje jugak. Kalau tak, aku masih baring lagi kat atas katil huhu. Haiiiiii, x sabarnye nak cuti lama. Lama x lama la sbb aku amik cuti 74 hari jek. Tapi tu masih dalam perancangan lagi. Doakan la yang semuanya akan selamat dan takde masalah yang berlaku.

Fuhh, panjang jugak aku celoteh. Dah 2:30. Nak solat pastu sambung buat keje. Nanti org cakap org gomen ni makan gaji buta. Kuikuikui.

Sebelum itu, layan gambar Iman masa umur die 1 hari :) Layannn...


Masa ni nak nanges aku tgk kepala die. Tapi tanya paed time tu, nanti akan susut.
Alhamdulillah, tak lama lepas tu dah susut.

Iman, awak bukak mata ke tak tu? Hehe!


Nota kaki: Entry ni sebenarnya nak letak sume pic Iman masa baby yg ade kt dalam pc ofis. Tapi tak sempat nak sadakallahulazim. Hehe igt lagi tulis entry ni time rehat masa kat ofis building lama. Sekarang dah pindah building baru. Masa nota kaki ni ditulis, aku dah tak keje situ dah sbb ambil unpaid leave for 3 years. Ceritanya on the next entry yg tak tau bila nak karang. Hehe! 

Monday, July 13, 2009

Update Nak Suka ke Tidak?

Seperti yang dijanjikan, ini dia gambo yang berkaitan dengan last day di ***


Photobucket

Di luar office bersama Supervisor dengan big boss.

Photobucket

Keadaan di tempat Supervisor. Pic ni setengah je sebab die pakai
selipar jepun je.

Photobucket

Ini adalah view aku tepat pukul 6:30 petang (aku bukan keje OT. Working hours adalah 9:30 - 6:30) di mana aku akan bagi isyarat pada admin aka teman-balik-sama-sama untuk cepat-cepat kemas meja dan pulang.
Tiada dalam gambar:
teman-balik-sama-sama

Photobucket

View meja kesayangan aku selama almost setahun.
Lihat skrin monitor. Bukan facebook yang anda lihat kan?
Kerana masa ini baru lepas submit hasil test system.


Itu saja.

Sekian.


Wednesday, July 1, 2009

Nak Suka ke Tidak?

Hari ni adalah hari pertama aku di tempat kerja baru.
Semalam sedih jugak meninggalkan tempat keje lama.
Yela, dah almost one year aku kat situ.
Sekarang, terpaksa bermula dari bawah semula.
Semalam aku kena attend meeting kat ***.
Bos aku cakap kat client arini aku last day.
Huhu! Tetiba sedih pulak. Yela, client aku tu call aku almost everyday cakap pasal sistem.
Selalu aku kena dengar bebelannya.
Selalu itula aku kena menenangkannya.
(Walaupun aku tak ada kena-mengena dengan pembinaan sistem tu. Yela, aku hanya buat documentation je all these while)
Yela, kalau ikutkan aku memang aku sound je.
Tapi diorang sume baik. Hehe!

Last day aku ade keje postponed lagi kena settlekan.
Huhu! Tapi semuanya dapat disiapkan sebelum aku melangkah keluar ofis.
Sebelum balik tu aku review ngan SV aku mana-mana task yang aku dah settlekan.
Meeting pagi tadi tu aku la yang kena buat minitnya.
Kalau tak sape lagi kan. Huhu!
Pastu research aku dah settle.
Taktau la bos aku tu puas hati ke tak.
Sebab dah tua-tua ni malas pulak aku nak buat research.
Zaman-zaman practical boleh la aku layankan aje.

Lepas tu aku mintak amik gamba dengan SV, bos aku ngan ade staf sorg.
Amik gamba dlm ngan luar ofis.
Masa tu aku rasa "Alahai sedih la pulak.."
Nanti ade masa aku kasi up sume itu gambar, ye?

Last week, 1 Julai 2009 bermulalah episod hidup aku yang baru sebagai seorang System Analyst aka Pegawai Teknologi Maklumat F41.
Tapi untuk sementara je.
Dekat surat tawaran, keje sampai hujung 2009.
Tapi Ketua Jabatan cakap akan diextend, kalau cukup dana kerajaan.

Masa masuk first day aku tak buat ape-ape.
Cuma bual-bual ngan orang duk sebelah aku.
Nasib baik aku dapat PC ngan tempat duduk.
Kalau intake sebelum aku, first day kena duk melanguk kat sofa ujung ofis.
Sebab tak cukup seat ngan PC.
Kalau aku melalui masa-masa itu, mesti aku nangis nak balik.

Rabu sampai Jumaat aku ulang alik dari rumah.
Sebab tak sempat nak pack barang nak bawak ke rumah sewa.
Aku berhenti keje ari Selasa.
Ari Rabu dah kena lapor diri.
3 jenis kenderaan aku kene naik semasa pergi dan pulang.
Aku berjaya naik bas, ERL dan LRT.
Sume aku rasa.
Paling best ERL, tambang pegi balik mencecah RM11.
And best lagi tambang bas dari office ke Putrajaya Sentral hanyalah RM0.50.
Saya ulangi, 50 sen ye kawan-kawan.
Pegi balik RM1.
Saya ulangi singgit ye kawan-kawan.
Estimate utk tambang 3 ari tu saja adalah RM39.
Tak campur makan lagi huhu!
Makan dahla cam gergasi.
Oh ya, *off topic* saya nak menaikkan berat badan, sila jemput saya jikalau ade
majlis makan-makan.
Sape-sape gaji banyak tu sila open table.

Then minggu lepas saya berjaya memindahkan diri ke rumah sewa di Presint 11.
Rindu tv ku di rumah.
Tak sempat nak tgk anak kucing liar yang beranak belakang rumah aku.
Tak sempat nak tgk ghost season finale. huk huk!
Tak sempat nak lipat kain yg bertimbun tu. Sorry ma!
Tak sempat nak kemas bilik.
Dan lain-lain lagi.

Ok, saya akan menulis lagi.
Nantikan kemunculan saya.