Thursday, November 8, 2012

Apa Dah Jadi

Tiba-tiba teringat aku ni sebenarnya ada blog untuk personal therapy tapi sanggup pulak aku menganak-tirikannya tak tau la bape lama dah. Macam-macam benda dah jadi dalam hidup aku. Semua pun aku tak dapat nak ingat balik sedetail mungkin. Takpelah, kita mulakan hidup baru la start daripada hari ni. Ecewahh..

Apa dah jadi. Masuk hari ni dah 2 hari aku lewat bangun pada kala hari kerja. Pukul 6:40 aku baru nak tersedar. Ni dek kerana aku tido awal pastu jaga tengah malam, browsing through my Ipad pastu tido balik. Huhu memang tercegil mata aku tgk jam dah nak pukul 7 tapi mandi sume tak lagi. Pagi tadi aku tersedar sbb dengar Iman merengek-rengek. Anak mama tu kalau die dah bangun tapi takde sape nak layan, mula la keluar suara rengekan die sambil hulur tangan mintak di angkat dari cot die tu. Cepat-cepat suh Najwan bangun ironkan baju. Hehe! Tugasan menggosok baju mmg dipertanggungjawabkan kpd die. Katanya, sian tgk aku dah buat byk keje. Biar die tolong gosok baju pulak. Hehe tapi, kadang-kadang berkerut jugak dahi die nak gosok lagi-lagi tudung perempuan skarang kan tak sah kalau takde manik-manik melekat. Hehe! Takpela, dah awak yang nak. :D Saya laaaaaaaagi suke!

Bangun tu terus cuci botol susu Iman pastu sterile kan botol ngan pacifier die. Every morning mmg tu la routine aku. Kadang-kadang kalau rajin tgh malam klau aku terjaga, aku akan basuh sume siap-siap. Kemas beg die siap-siap. Tu kalau rajin la. Tibe time malas, mmg berlingkar je atas katil. Pagi nak pegi keje baru terhegeh-hegeh nak kemas beg bagai. Bak kata Najwan, pkul 7 pagi nak pegi keje tu baru nak tepek toner kat muka. Haha! Memang slow mo aku nih. Haha!

Dah cuci tu bagi die Ipad suh die main-main. Anak mama ni kalau nampak Ipad je trus melonjak kegembiraan. At least ada la benda nak buat die senyap. Ayahnya dah ajar die tekan play utk tgk video. Pastu dah ajar cemana nak back utk tgk list videos yg ada. Alhamdulillah, Iman dah pandai pilih videos yang die nak tgk pastu tekan Play button. Dulu kalau video tu dah abes, die mulala sesi rengekan die tu utk mintak kite playkan videos. Tapi, sekarang tidak lagi. Hehe!

Ayahnya memang berdesup je siap. Breakfast tak payah cerita la. Mmg slalu aku tak ber breakfast kat rumah. Skrg aku amalkan gaya hidup sihat. Bekal cornflakes dgn susu mkn kat ofis sambil layan Adam & Hawa. Hehe! TV rumah tak subscribe Mustika HD. Hehe sbb pakai tv version dulu. Tgh simpan duit nak bli LED TV. Chewah. Kadang-kadang kalau punch card awal pegi minum dulu dgn Najwan. Tu pun kalau Najwan takde kelas pkul 8.

Tadi sampai je ofis berdesup aku punch. Fuhh, nasib baik blum pkul 8. Lagi 2 minit je lagi. Aritu sampai lambat aku punch pkul 8:05 minit. Alasan aku tulis kat punch card adalah 'sakit kepala'. Haha! Sesekali nak tipu sunat. Eh? there's no such thing as tipu sunat. Takpela, janji tulis alasan kat situ. Arini ada meeting tu yg terpaksa dtg keje jugak. Kalau tak, aku masih baring lagi kat atas katil huhu. Haiiiiii, x sabarnye nak cuti lama. Lama x lama la sbb aku amik cuti 74 hari jek. Tapi tu masih dalam perancangan lagi. Doakan la yang semuanya akan selamat dan takde masalah yang berlaku.

Fuhh, panjang jugak aku celoteh. Dah 2:30. Nak solat pastu sambung buat keje. Nanti org cakap org gomen ni makan gaji buta. Kuikuikui.

Sebelum itu, layan gambar Iman masa umur die 1 hari :) Layannn...


Masa ni nak nanges aku tgk kepala die. Tapi tanya paed time tu, nanti akan susut.
Alhamdulillah, tak lama lepas tu dah susut.

Iman, awak bukak mata ke tak tu? Hehe!


Nota kaki: Entry ni sebenarnya nak letak sume pic Iman masa baby yg ade kt dalam pc ofis. Tapi tak sempat nak sadakallahulazim. Hehe igt lagi tulis entry ni time rehat masa kat ofis building lama. Sekarang dah pindah building baru. Masa nota kaki ni ditulis, aku dah tak keje situ dah sbb ambil unpaid leave for 3 years. Ceritanya on the next entry yg tak tau bila nak karang. Hehe! 

Bersiaran dari...

Testing testing 123

Wednesday, August 19, 2009

Childhood Dream

Kawan, apakah childhood dream anda?
Bolehkah saya tau?





Saya?









Saya ingin melakukan ini...














Serious.




Oops, ada tambahan accessories.

Mic bersama mic stand di depan subjek utama.




Cool kan?


Ye, saya ingin jadi rock star.



Anda pula bagaimana?

Tuesday, August 18, 2009

Sabtu itu


Salam.
Sabtu itu.
Satu reunion yang diplan tak sampai seminggu telah berlaku.
Ini sume gara-gara facebook.
Memang tercapai objektif facebook sebagai social networking yang paling banyak digunakan seantero dunia.

Reunion itu.
Terujanya saya.
Yalah, sudah hampir 7 tahun tak bersua muka.
Setelah SPM semua membawa haluan masing-masing.
Chua Li Lin dilantik sbg mastermind.
Memang tercapai objektif kami.
10 daripada mereka yang bersusah payah datang.
Terima kasih semua.

Burger King, KLCC menjadi pilihan.
Hairil mengingatkan tempat tu penah dipilih menjadi venue class party masa form 3 dulu.
Heh, kalau cukup korum, mesti saya boleh cdgkan supaya amik gambar ikut arrangement masa class party dulu.
Haha! bernas tak? Tapi itula.
(sebenarnya tiru idea Baiti al-Jannati capture pic with the same arrangement as pic taken back then)
Sangat comel ok idea tu!
Kata Li Lin, 'tempat itu not many people lor, boleh bising-bising'.
Hehe! Li Lin still cute. Macam dulu.

Hairil, orang yang bertanggungjawab.
Dalam menemukan kami semua.
Tangkas betul daya ingatan budak bertuah ini.
Semuanya dalam kepala.
Boleh ingat semua perkara yang berlaku.
Tingkatan Satu Maju, Dua Maju, Tiga Maju.
Tapi kalau aku igtkan die satu kejadian mesti die tak ingat.
Maybe sebab die teramat malu masa tu.
'Zip seluar anda terbuka' haha! serious aku tengah ketawa sekarang.

Hairil kata perjalanannye ke KLCC sangat mencabar.
Cadangan awal adalah dia adalah pemandu dan Muhsin adalah pemboncengnya.
Akibat masalah di saat-saat akhir, jadi vice-versa pulak.
Nasib baik plug moto ko tercabut kat Kg Pandan ye, Hairil.
Pandai die pilih tempat utk broke down.

Muhsin, dah lama tak jumpe dengan makhluk ini!
Venue terakhir: Jalan tengah-tengah Segitiga Emas, KL.
Waktu: Tengahari. Teringat keterikan mentari.
Saksi: Wan Anies Wan Ahmad :D

Jejaka seterusnya, Aizat.
Lama juga tak dengar kabar manusia ini.
Pekerjaan semasa adalah man-behind-counter di Coffee Beans, KL Plaza.
Wah, boleh dapat free kalau minum di sana!
Cakap pasal kopi, last saya minum Starbucks adalah beberapa tahun yang lepas.
Before Marina fly to Dublin.
Which cost me quite a lot.
Tak kira Starbucks free tahun lepas.
Sempena anniversary mereka.
Venue: Starbucks depan Aquaria.
Tapi tak jadi minum sbb Prof cakap ade benda antah berantah dlm kopi tu.
Aku pon terus gi pantry dan buang.

Ah, gadis ini!
Sudah semakin lawa, berseri, cantik, memikat dan tertarik.
Yan Yin Fong nama di beri.
Pekerjaan semasa: programmer Java. Eerks.. aku terdiam.
Dalam hati, wahh, hebatnya!
Cermin kembali kepada aku.
Suruh aku cermin diri sendiri.

Dr Phon Su Ee.
Berjaya sudah menjadi doktor.
All the best in Terengganu, doc!
Kulitnya sudah fair sejak balik dari Russia.

The mastermind herself, Chua Li Lin.
Stuck in Penang, katanya.
Buat ape?, kataku.
Im taking double degree in Architecture.
Wow! *speechless*
Heng Siong, si budak-kelas-sebelah-yang-selalu-datang-our-kelas.
Dia pun ade sekali.

Yusarnida dan Jijah.
Sangat rare, kata Hairil.
Gandingan yang tidak dapat dipisahkan pada hari dulu.
Tidak sangka muncul kembali.
Jijah hadir bersama suami tersayang.
Ini yang meningkatkan kemahuan aku utk kawin cepat2 ni!
Tolong, ayat tak boleh blah.

Fau, ah! budak ini aku selalu jumpa.
Luckily ada Fau.
Walaupun banyak rintangan ko aritu, ye?
Sayang fau kerana sanggup datang.

Thanks for coming, you guys!!

Monday, August 17, 2009

Test Lagi

%$#%#35435@#$ punya template! Tak tau la pulak kalau nak tukar template ni sgt leceh dan tidak menyenangkan. Dah, ko duduk diam2 template. Jgn nak ngengade lagi. Sbb ko tau aku takde keje, ko buat hal ye template. Siap ko, template!