Thursday, July 16, 2009

Dulu dan Sekarang

Dulu,
Pagi aku boleh berlengah-lengah.
Siap boleh tido balik lepas iron baju mak aku gi sekolah.
Pukul 6:30 masih lena diulit mimpi.

Sekarang,
Pagi aku dah kena bukak mata.
Kena bersiap untuk ke tempat keje.
Pukul 6:30 aku dah terpacak tunggu bas.
Beratur tunggu giliran naik.

Dulu,
Aku slalu jadi org first datang ofis.
Patutnye pukul 9:30 tapi aku datang lambat 5 minit.
Tapi masih jadi org pertama.
Admin pon dtg lambat dari aku.
Nasib baik aku diamanahkan menjadi pemegang kunci.
Tapi di saat-saat akhir baru korang bagi.

Sekarang,
Pkul 7 dah boleh smpi ofis.
Patutnya boleh punch card lagi awal.
Akibat daripada kena menapak yang mengambil masa lama juga.
Punch card dah ade tiga kali merah.
Dengan muka tebal terpaksa mintak sign dari SV.
Katanya, "Sini memang strict skit,Nurul".
Kalau aku lebih satu kali lagi je, terpaksa la punch card aku berubah warna.

Dulu,
Dalam sempat-sempat berym atau berfacebook, keje tetap banyak.
List keje aku tak penah nye kosong.
Ade je bende yg aku kene buat.
Nak tak nak terpaksa test, buat doc, research sume tu la.
Coding je aku tak sentuh.

Sekarang,
Sangap sebab takde keje. (tapi sebenarnya tetap ade keje).
Dah puas browse Internet ni.
Pagi-pagi dah bukak Utusan Online.
Sebab bosan.
Tapi aku tau tak lama.
Ade keje menanti aku.
"Haaa? VB ngan Crystal Report? Saya cuba ye kak?"

Dulu,
Masa meeting dengan user aku tau la ape yang mereka maksudkan.
Setiap butir aku boleh cepat tangkap.

Sekarang,
Masa meeting, satu hape pon aku tak faham.
Diam membisu.
Cakap bila perlu.
Laporan, statistik, tangkapan data, false accept?
Ape semua tu?
Nasib baik Kak Ina turun sekali.
Kalau tak habis aku user pergunakan sepenuhnya.

Dulu,
Jeans tak jadi masalah.
Setiap Jumaat itulah uniformku.

Sekarang,
Slack pon tak boleh.
Terpaksa bergaya dengan baju kurung je.
Alahai, terpaksa selongkar almari mak aku.
Tiap-tiap minggu balik rotate baju.

Dulu,
Pukul 10 aku dah tido.
Tapi pukul 12 bangun balik.
Buat ape yang patut.
Lepas tu tido.

Sekarang,
Pukul 10 aku dah siap-siap nak tido.
5 minit kemudian dah tido.
Lepas tu, tak bangun-bangun sampai pagi.

Dulu,
Tak kisah aku nak senyum kat orang lain ke tak.
Masing-masing buat hal sendiri.
Masam mencuka pon orang tak perasan.
Satu hari tu boleh dok ngadap keje je.
Jumpe mat saleh dalam lif kene senyum.
Nanti dorg fikir Malaysians are snobbish.
Jumpe org lain lantak ko la.

Sekarang,
Kena rajin senyum.
Nanti orang ingat kite sombong.
Jumpa orang tak kenal pon kene mcm buat-buat kenal.
Tak kisah kerani ke, pegawai ke, indon ke, melayu ke.
*Off topic* Bangla sangat ramai di sini!

Dulu,
Pukul 5 masih ketik-ketik keyboard.
Ade satu setengah jam nak balik.
Naik monorel dgn tenang.
Tak payah pegang ape-ape.
Rilek je sandar kat dinding.
Pot adalah tengah tren.
Driver rilek je handle monorel tu.
Takde istilah brek mengejut.

Sekarang,
Pukul 5 dah bersiap nak balik.
Tunggu bas yang ramai gile orang tu.
Terlepas bas, ha tunggu la ko!
Driver macam org gile selalu brek mengejut.
Terpaksa tukar heels tinggi.
Last-last pakai kasut kempis juga.
(Konon-konon nak bergaya pakai heels)

Dulu,
Pagi-pagi buat neslo kaw kaw.
Lapar je pegi kat pantry.
Munch ape yang patut.
Biskut kering pon jadila.
Malas nak turun, makanan kat pantry jadi juadah.

Sekarang,
Nak pegi pantry pon takut.
Sume makanan kena beli.
Takde yang free-free.
Katanya untuk duit kelab.
Haih, aku pon tak tau.

Dulu,
Lagu-lagu My FM menjadi halwa telinga.
Senyap sunyi ofis jika semua ke tempat client.

Sekarang,
Celoteh-celoteh makcik mengatasi semuanya.
Gelak ketawa mereka.
Wahhh, macam mereka sahaja yang boleh gelak besar.
Senyap sunyi pasti tidak mungkin.

Kawan-kawan, doakan saya boleh menghadapi situasi yang maha baru ini.

5 comments:

  1. hahhaha br tau keje gomen cmne.
    sama ar ngan aku.
    2nd week aku pakai slack ngn kemeja.
    perggghhh mcm org asing plkkan aku bila org tgk2.
    gomen ngan bj krung mmg serasi!!..

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    nak tergelak besar aku bace post ko huda..
    eh, cik nurul, mesti anda sangat anggun kalo hari2 pakai baju kurung kan?hehe...
    weh, apelah makcik2 tu dok borak ek..
    nanti cite lagi banyak2 ek keje gomen camne..
    semoga ko cemerlang keje gomen ni..hehe

    ReplyDelete
  3. hadui...nak terkeluar usus kecil. Lawak ar miss antah..i faham perasaan u tuh.. we're comrades kan? same2 terpacak kul 6.30 pagi. haha..

    tragis..

    ReplyDelete
  4. sy rasa saya paling anggun bile pakai baju kurung dan kasut tinggi sambil tunggu bas pkul 6:30 pagi dan dikelilingi dengan orang-orang yang berbaju kurung yang lain dan berkemeja kemas. dan rasa tersangat anggun bile saya berdiri di antara makcik2 yg patutnye sudah boleh rehat kat rumah.

    Heee =D

    ReplyDelete
  5. hahaha... welcome to the club
    kini,
    br kau sedar betapa beratnya keje kat gomen.
    bkn berat beban keje, tp berat kepala ni pk mcm mane nak buat2 mcm ade keje. sbb kalu mcm xde keje mesti org usha pelik.nak2 kelab mesyuarat tingkap 2 kan??hahaha..keje ade tp dateline xtentu..asyik forward je..so kita pon lengah2, lenggang kangkung la.

    ReplyDelete