Monday, June 8, 2009

Jawab Tag

First time menjawab tag orang. For this very first time, Cik Balkis yang tag aku.
Untuk mengakhiri malam yang banyak keje ni, aku jawab jela tag ni.


1.Ape perasaan anda sekarang?
Mata terbukak penuh. Sebab aku tido sejak lepas maghrib tadi sampai pkul 1. Letih keje. Esok aku nak amik cuti duduk rumah je berehat.

2.Saya nak makan?
Cookies yang dibuat oleh Encik Amos yang famous itu.

3.Saya tak suka?
Bile aku banyak keje ditambah pula keje yang tetiba datang out of nowhere yang takde dalam list task aku. Aku benci benci! Inilah nasib klau kite org bwhan dan ramai org atasan. Harini aku balik on time walaupon keje tak siap sebab tenet bengong arini. TM, sila improve service anda.

4.Impian saya?
Aku nak ade duit yang banyak sampai tak tau nak buat ape.

5.Haiwan yg saya tak suka?
Ape-ape yang penah hinggap kat muka aku atau tubuh badan aku.

6.Saya harapkan?
Supaya gaji aku up skit dan keje aku rilek je. Tanak pening2. Bos aku baca mesti hangin.

7.Jika boleh putarkan mase?
Back to high school. Dapat result gempak mase SPM. Pegi study kat oversea.

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
Aku harap sangat dapat jadi pembaca berita kat TV3. Hahaha!

9.Handphone saya adalah sebuah?
Soalan ni macam perli jek. Aku tak tukar fone sejak 4 taun lepas.

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Sekali jek.

11.Saya suke pada?
Duit. Tadi aku klik page Neobux tetibe ade iklan baru. Aku pon klik dengan senyum lebar.

12.Kawan2 saya?
Sume aku suke. Tapi ade isu terbaru. Aku tak tau pulak ade kawan aku yang high standard. Maybe aku tak layak kot kawan ngan die sbb malam-malam aku duk rumah tak pegi cucuk-cucuk langit dan togok-togok.

13.Pernah dikhianati?

Harap-harap takde

14.Ape yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
Biarla. Dosa tanggung sendirik. Buat penuh kepala otak aku jek pikir. Sekarang otak aku pikir nak buat duit jek.

15.Senaraikan 6 org untuk di'tag:
Sape-sape yang nak jawab, dipersilakan.

2 comments:

  1. jelaslah anda sangat materialistik. Takpe. Sy pon same. Duwet sangat penting harini, xde duwet nak masuk tandas pon xbole..

    Tragis.

    ReplyDelete
  2. oh sume stik stik sy kebas.
    materialistik, unrealistik sume ade.

    ReplyDelete