Wednesday, July 1, 2009

Nak Suka ke Tidak?

Hari ni adalah hari pertama aku di tempat kerja baru.
Semalam sedih jugak meninggalkan tempat keje lama.
Yela, dah almost one year aku kat situ.
Sekarang, terpaksa bermula dari bawah semula.
Semalam aku kena attend meeting kat ***.
Bos aku cakap kat client arini aku last day.
Huhu! Tetiba sedih pulak. Yela, client aku tu call aku almost everyday cakap pasal sistem.
Selalu aku kena dengar bebelannya.
Selalu itula aku kena menenangkannya.
(Walaupun aku tak ada kena-mengena dengan pembinaan sistem tu. Yela, aku hanya buat documentation je all these while)
Yela, kalau ikutkan aku memang aku sound je.
Tapi diorang sume baik. Hehe!

Last day aku ade keje postponed lagi kena settlekan.
Huhu! Tapi semuanya dapat disiapkan sebelum aku melangkah keluar ofis.
Sebelum balik tu aku review ngan SV aku mana-mana task yang aku dah settlekan.
Meeting pagi tadi tu aku la yang kena buat minitnya.
Kalau tak sape lagi kan. Huhu!
Pastu research aku dah settle.
Taktau la bos aku tu puas hati ke tak.
Sebab dah tua-tua ni malas pulak aku nak buat research.
Zaman-zaman practical boleh la aku layankan aje.

Lepas tu aku mintak amik gamba dengan SV, bos aku ngan ade staf sorg.
Amik gamba dlm ngan luar ofis.
Masa tu aku rasa "Alahai sedih la pulak.."
Nanti ade masa aku kasi up sume itu gambar, ye?

Last week, 1 Julai 2009 bermulalah episod hidup aku yang baru sebagai seorang System Analyst aka Pegawai Teknologi Maklumat F41.
Tapi untuk sementara je.
Dekat surat tawaran, keje sampai hujung 2009.
Tapi Ketua Jabatan cakap akan diextend, kalau cukup dana kerajaan.

Masa masuk first day aku tak buat ape-ape.
Cuma bual-bual ngan orang duk sebelah aku.
Nasib baik aku dapat PC ngan tempat duduk.
Kalau intake sebelum aku, first day kena duk melanguk kat sofa ujung ofis.
Sebab tak cukup seat ngan PC.
Kalau aku melalui masa-masa itu, mesti aku nangis nak balik.

Rabu sampai Jumaat aku ulang alik dari rumah.
Sebab tak sempat nak pack barang nak bawak ke rumah sewa.
Aku berhenti keje ari Selasa.
Ari Rabu dah kena lapor diri.
3 jenis kenderaan aku kene naik semasa pergi dan pulang.
Aku berjaya naik bas, ERL dan LRT.
Sume aku rasa.
Paling best ERL, tambang pegi balik mencecah RM11.
And best lagi tambang bas dari office ke Putrajaya Sentral hanyalah RM0.50.
Saya ulangi, 50 sen ye kawan-kawan.
Pegi balik RM1.
Saya ulangi singgit ye kawan-kawan.
Estimate utk tambang 3 ari tu saja adalah RM39.
Tak campur makan lagi huhu!
Makan dahla cam gergasi.
Oh ya, *off topic* saya nak menaikkan berat badan, sila jemput saya jikalau ade
majlis makan-makan.
Sape-sape gaji banyak tu sila open table.

Then minggu lepas saya berjaya memindahkan diri ke rumah sewa di Presint 11.
Rindu tv ku di rumah.
Tak sempat nak tgk anak kucing liar yang beranak belakang rumah aku.
Tak sempat nak tgk ghost season finale. huk huk!
Tak sempat nak lipat kain yg bertimbun tu. Sorry ma!
Tak sempat nak kemas bilik.
Dan lain-lain lagi.

Ok, saya akan menulis lagi.
Nantikan kemunculan saya.

Thursday, June 18, 2009

Sesi ambushed Tangkak!!

Ok, quick one. Oleh kerana aku malas nak reka-reka ayat dan perkataan, let these pictures do the talking ok? (As if the pictures can talk kan?). Masa tgk gambo-gambo ni korang reka la dialog dan berimaginasi sedikit tentang apa yang sedang berlaku eh?

Sekarang aku ade la masa terluang jugak.
Jadi, aku mengambil kesempatan untuk buat update utk post
Sesi ambushed Tangkak!! ni

Photobucket

Masa mula-mula sampai. Capture pic ni sejurus selepas keluar dari kereta
berlatarbelakangkan taman depan rumah nadia.

Hadiah yang Man pegang tu sangatla besar. Sebab diorang share ramai-ramai.

Photobucket

Nisah's attempt to hold the baby. Macam expert kan?
Hehe! Jap lagi turn kamu pulak, Nisah.

Photobucket

Ira pon macam expert jugak. Hehe!

Photobucket

Ajan, si expert dalam memegang bayi yang baru lahir.

Photobucket

Capture pic ni sebab baby tu tgh senyum. Obvious tak?

Photobucket

Deqq's attempt. Yg ni nampak skit kekok. Hehe!
Samela kita, deq!
Sebab tu la saya tak upload pic saya dukung baby.
Nampak macam baby tu 'tenggelam' je. Haha!!

Photobucket

Epa pun tidak dapat disangkal kemahiran memegang bayinya.
Haha!

Photobucket

Masa ni tengah tunggu Cik Liza datang dari KL naik bas City Express.
Cuaca di luar sangat panas.
So we decide nak stay kat coffee house a la Coffee Bean ni.
Sejuk, memangla sejuk.
Time ni best sebab dapat pekena ice blended butterscotch* nama dia.
Walaupun harganya RM7, tapi aku puas hati.
Hehe!

*Minuman ni sedap sebab ada butterscotch chunk die letak dalam air tu.
Kalau korang penah rasa gula-gula butterscotch flavour,
macam tu la rasenya.

Photobucket

Masa ni pi pekena Mi Bandung Muar kat Hentian Tangkak @ bus stand Tangkak.
Si Ira la beria-ia nak try kan.
Setelah bertanya dengan Nadiah, si tuan rumah, kami pon datang kat sini.
Nadiah ade ckp Mi Bandung Muar paling masyuk adalah hasil masakan abangnya
yang ade bukak gerai makan.
Tapi malam baru bukak.
So untuk mematikan masa ('kill the time') dan tak nak terperangkap
dalam traffic jam on the way ke Kuala Lumpur,
kami pon pi pekena je.
(Masa ni adalah last day cuti sekolah, so for sure mesti congested kat highway sana)
Ira cakap yang paling sedap kat bus stand Muar.
(Aku yang selalu turun bus stand Muar pon tak tau ade Mi Bandung best kat situ.
Eh, tapi takla selalu.. =D)

Photobucket

Inilah rupanya Mi Bandung Muar Hentian Tangkak, Gerai No 3 dari kanan anda membelakangi
bangunan bus stop tu.
Nampak macam sedap kan?
Minum air kosong je la sebab dah bedal butterscotch kan? Huhu!



Sekian, terima kasih!

Monday, June 8, 2009

Jawab Tag

First time menjawab tag orang. For this very first time, Cik Balkis yang tag aku.
Untuk mengakhiri malam yang banyak keje ni, aku jawab jela tag ni.


1.Ape perasaan anda sekarang?
Mata terbukak penuh. Sebab aku tido sejak lepas maghrib tadi sampai pkul 1. Letih keje. Esok aku nak amik cuti duduk rumah je berehat.

2.Saya nak makan?
Cookies yang dibuat oleh Encik Amos yang famous itu.

3.Saya tak suka?
Bile aku banyak keje ditambah pula keje yang tetiba datang out of nowhere yang takde dalam list task aku. Aku benci benci! Inilah nasib klau kite org bwhan dan ramai org atasan. Harini aku balik on time walaupon keje tak siap sebab tenet bengong arini. TM, sila improve service anda.

4.Impian saya?
Aku nak ade duit yang banyak sampai tak tau nak buat ape.

5.Haiwan yg saya tak suka?
Ape-ape yang penah hinggap kat muka aku atau tubuh badan aku.

6.Saya harapkan?
Supaya gaji aku up skit dan keje aku rilek je. Tanak pening2. Bos aku baca mesti hangin.

7.Jika boleh putarkan mase?
Back to high school. Dapat result gempak mase SPM. Pegi study kat oversea.

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
Aku harap sangat dapat jadi pembaca berita kat TV3. Hahaha!

9.Handphone saya adalah sebuah?
Soalan ni macam perli jek. Aku tak tukar fone sejak 4 taun lepas.

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Sekali jek.

11.Saya suke pada?
Duit. Tadi aku klik page Neobux tetibe ade iklan baru. Aku pon klik dengan senyum lebar.

12.Kawan2 saya?
Sume aku suke. Tapi ade isu terbaru. Aku tak tau pulak ade kawan aku yang high standard. Maybe aku tak layak kot kawan ngan die sbb malam-malam aku duk rumah tak pegi cucuk-cucuk langit dan togok-togok.

13.Pernah dikhianati?

Harap-harap takde

14.Ape yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
Biarla. Dosa tanggung sendirik. Buat penuh kepala otak aku jek pikir. Sekarang otak aku pikir nak buat duit jek.

15.Senaraikan 6 org untuk di'tag:
Sape-sape yang nak jawab, dipersilakan.

Saturday, May 23, 2009

Easy Money

Click to earn extra money in a simplest way ever. Try it!


Friday, May 22, 2009

Pening Coding

Hangin sungguh satu badan apabila nak letak nuffnang ads asyik error jek.
Adakah aku yg tak tau nak copy and paste kat mana ke atau ads tu yg bengong?!
Penat la macam ni.
Tau la dh lama tak ber'coding'.
Slalu ngadap documentation je.
Adakah aku yang bersalah? (Haha! Tak pasal-pasal)
Tapi mmg bengang sekarang ni!
Takpela bile-bile pon boleh buat. *tapping own shoulder sbb takde sape nak tlg tapkan*.


Nota kaki: Bengang tapi gelak. That's sooooooooo me! *senyum lebar*



Update: Dalam proses utk import blog dulu yg ala-kadar tu. Haha!